sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 20 March 2014

PANAS #PRKKAJANG : GODAM TELEFON , ITU TAKTIK LAMA WAHAI PUAK PR !!! #KAJANG #PILIHMEIFUN



RAKYATNEWS
: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menuduh Barisan Nasional (BN) mengggodam 11 telefon bimbit pemimpin mereka merupakan taktik lama berpolitik bagi meraih simpati pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK Kajang Datuk Seri Noh Omar turut berkata rakyat tidak sewajarnya diperbodohkan sedemikan rupa.

"Semua boleh tuduh. Saya pun boleh buat, suruh sesiapa guna telefon saya dan cakap kena godam. Jangan perbodohkan rakyat, dalam PRK ini semua isu hendak mencari simpati. Ini merupakan taktik dan cara lama berpolitik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis perasmian Senamrobik Zumba Perdana Pengundi Wanita Muda anjuran Puteri UMNO di Kolej Komuniti Hulu Langat di Prima Saujana semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Datin Seri Norainee Abd. Rahman, dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermieyanti Shamsudin.

Lantas yang demikian Noh berpendapat rakyat mampu menilai dengan baik cara berpolitik yang diamal PKR. Dalam masa sama Noh memberitahu BN kini lebih mengutamakan kempen mendekati pengundi.

"Rakyat boleh menilai, tiada sebab BN untuk godam, apa hebat sangat mereka? Apakah dengan menggodam itu menjamin kemenangan BN?

"Kita dalam BN yang penting adalah pengundi. Kini sokongan bertambah baik, dulu ada kawasan yang tidak boleh masuk kini rakyat sudah mula menerima. Apa yang penting bagi saya adalah bekerja dan saya lihat sokongan positif bahkan kita juga ada harapan," katanya.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive