sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 26 March 2014

PANAS !!! AZMIN ALI DAN KHALID IBRAHIM KEMBALI BERPERANG !! APA NAK JADI NIH !!!




rakyatnews : Isu penamatan perkhidmatan Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghangatkan sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) apabila terdapat percanggahan kenyataan antara beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS menjelaskan bahawa keputusan penamatan perkhidmatan Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, masih 'tergantung' bagi membolehkan siasatan dari setiap sudut, termasuk aspek perundangan.

"Siasatan juga meliputi keputusan yang telah dibuat atau dokumen yang dikeluarkan PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah lain," katanya pada sesi pendengaran itu.

Isu penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Jan lepas mencetus kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan menggugurkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dilakukan dibuat berdasarkan tafsiran pegawai tertinggi PKNS.

Kenyataan beliau bagaimanapun dinafikan Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek, yang berkata kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah PKNS terletak di tangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pegawai tertinggi PKNS selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Susulan itu, bekas Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Norita digantung tugas dan kini ditukarkan sementara ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga siasatan dalaman berhubung isu berkenaan selesai.

Abdul Khalid berulang kali menegaskan bahawa penamatan Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS tidak pernah dibincang atau diputuskan Anggota MMKN sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan tafsiran pegawai tertinggi PKNS.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Azmin, yang menegaskan beliau dipecat meskipun kontrak perkhidmatannya hanya tamat pada 2015.

Azmin berkata adalah tidak wajar jika perkhidmatannya ditamatkan hanya kerana memulangkan kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya umum ke-13 tahun lepas.

"Saya memulangkan keistimewaan itu selaras dengan garis panduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan," katanya.

Menyentuh penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings, Abdul Khalid berkata keputusan itu dibuat Pemangku Pengurus Besar PKNS Azlan Alfiah selepas kajian yang mengambil kira pandangan petugas tetap bagi menjaga kepentingan PKNS khususnya dalam penjimatan kos operasi.

1 comment:

Anonymous said...

jangan percaya lakonan puak-puak nih....sama macam rpk kajang ...pura-pura berbalah untuk alihkan perhatian bn....pastu elok-elok duduk sekali semeja..munafik..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive