sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 19 March 2014

TERKINI #MH370 : DATA SIMULATOR DIPADAM , PDRM GUNA FORENSIK #PRAYFORMH370



Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu.

"Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.

"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.




"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologi maklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.

Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada media dan untuk diketahui masyarakat," katanya.

Ahmad Zahid berkata polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan.

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan bahawa Malaysia tidak memberi kerjasama kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan polis antarabangsa (Interpol) mengenai misteri kehilangan MH370.

"Kita yang minta mereka bekerjasama dengan kita kerana tidak boleh bersendirian dalam siasatan ini. Banyak negara itu mempunyai pengalaman mereka sendiri dari segi menangani kehilangan pesawat atau mempunyai sistem komunikasi yang boleh membantu mengesan di mana pesawat itu berada.

"Matlamat kita untuk mencari di mana kapal terbang itu. Kita bekerjasama rapat dengan semua badan perisikan antarabangsa," kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata langkah-langkah keselamatan di kesemua pintu masuk negara akan terus diperketatkan dan ditambah baik termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami sudah ambil beberapa langkah. Saya sendiri yang telah mempengerusikan mesyuarat itu," katanya.

Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

BENCI betul si media-media besar Barat-ZIONIS DAJAL seolah macm. suka sgt bila jadi kecoh; saya syak kelurga mangsa ni DIHASUT si PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG utk. MENGAMOK, supaya dpt. menunjukkan seolah K'jaan kita 'lemah'! K'jaan kita jgn. TUNDUK dan salahkan POLIS kita yg- berhak mengawal keadaan huru-hara itu!

Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang!

Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari S ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?

Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

March 19, 2014
(Before It's News)

By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive