sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 25 March 2014

TERKINI #MH370 : PESAWAT MH370 'PING' TERAKHIR KEHABISAN MINYAK - INMARSAT #PRAYFORMH370



Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan, semalam.

Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.

Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan.

Isyarat seperti itu biasanya digunakan untuk menyeragamkan maklumat masa.

Dengan mengkaji aliran ‘ping’ berkenaan, Inmarsat memutuskan bahawa kapal itu telah terbang lebih 5 jam selepas meninggalkan ruang udara Malaysia dan berkemungkinan telah mengambil dua laluan.

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat Chris McLaughlin berkata kepada The Telegraph; “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan,”.

Walaupun Inmarsat menyampaikan maklumat itu kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mac, ia terus mengkaji data yang ada.

Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

Maklumat itu bersama anggaran kelajuan MH370, memperkecilkan kawasan pencarian kepada 3 peratus daripada keluasan koridor selatan.

“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ otomatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak – kami andaikan ia 450 knots,” kata McLaughlin.

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap.” tambahnya.

Analisis itu telah diserahkan selepas ia dinilai oleh rakan industri penerbangan yang lain di UK dan oleh Boeing, lapor Sky News.

Punca kapal itu terhempas bagaimanapun masih misteri- MYNEWSHUB

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive