sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 29 March 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN KERAJAAN INDIA MENGENAI TRAGEDI MH370 #PRAYFORMH370



Kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung caranya mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting".

Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T. S. Tirumurti berkata adalah penting untuk menghargai peranan kerajaan Malaysia dalam insiden luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perpisahan untuk pesawat India, C-130J, satu daripada dua pesawat dihantar kerajaan India untuk menyertai misi mencari MH370, di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

"Kami semua memahami kesukaran dihadapi kerajaan Malaysia sejak dua minggu lepas atau lebih. Presiden India juga telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja menzahirkan rasa simpati dan takziah, tetapi juga penghargaan kepada kerajaan Malaysian bagi segala usaha dilakukan mereka," katanya.

India menghantar dua pesawat peninjau maritim, P8-I daripada Tentera Laut India dan C-130J daripada Tentera Udara India, untuk menyertai misi mencari pesawat MAS itu yang hilang di Lautan Hindi.

Bagaimanapun, tugas pesawat C-130J telah selesai dan majlis hari ini diadakan untuk mengucapkan selamat jalan kepada kru dan pesawat itu yang berlepas pulang ke India.

Bagi P8-I, tugasnya masih belum berakhir dan sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menyertai misi mencari pesawat itu di perairan Perth, Australia.

Tirumurti berkata MAS juga amat sensitif terhadap keperluan lima warganegara India yang merupakan penumpang MH370.

Beliau berkata, beliau dan pegawai di Suruhanjaya Tinggi India, telah bercakap dengan anggota keluarga lima penumpang itu setiap hari.

"Anggota keluarga, sama ada di India atau Malaysia, semua mereka telah dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, dan kami amat berterima kasih," katanya dan menurutnya anggota keluarga berkenaan berdepan waktu amat sukar lebih daripada dua minggu.

Terdapat lima warganegara India dalam pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada skrin radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam, dalam penerbangan ke Beijing.

Menurut Tirumurthi, anggota keluarga dua daripada penumpang warga India itu masih berada di Malaysia manakala lainnya telah pulang ke India.

RAKYAT NEWS : 


1 comment:

Anonymous said...

Bah. pertama:

Lihat bagaimana replika (clone) MAS kita telah ditemui di ISRAEL - yg. disembunyikan dari 2013 lagi (lihat gambar replika MAS itu di http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/actual-photo-of-flight-370-clone-at-tel-aviv-airport-2928028.html , Actual photo of flight 370 clone at Tel Aviv airport, By Jimstonefreelance (Reporter), March 28, 2014).

Dan si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat), yg. sebenaqnya sudah dikuasai puak SYAITAN Illuminati Mossad-Israel/ZIONIS, dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, DAPBANGKAI serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, memangnya tak habis-habis nak mengalih perhatian dari bukti penglibatan Diego GarCIA di tengah Lautan Hindi yg. sebenarnya adalah pengakalan tentera BAWAH TANAH- kongsi US-British-Israel yg. mungkin mengandungi senjata Nuklear (MAS disyaki di ‘hijack’ situ dulu sebelum di'hempaskan' di Lautan Hindi) – didedahkan oleh wartawan Shimatsu di bawah.

Dan sekarang rejim PENIPU Australia/Barat-ZIONIS tu pun nak mengalih perhatian sejauh-jauhnya dr. Diego GarCIA; ubah arah pencarian kat tpt. lain pula, kononnya pilot pandu lebih laju dr. biasa! Nasib baik ada Media Alternativ, yg. cuba memberikan maklumat benar – tak mcm si CNN yg.memnagitu memang si CELAKA News Network dan si FOCK News itu pun yg. sama CELAKAnya!!

Maka sekiranya serpihan yg. dijumpai di Lautan Hindi BUKAN dari MAS kita, maka mungkin replika MAS ini akan digunakan di masa hadapan, oleh si Mossad dan sekutunya ini, utk. mengebom Amerika di masa hadapan, dan menyalahkan dua ‘Iranian hijackers’ itu. Maka Israel dan sekutu CIA-MI6-NATOnya disyaki akan menggunakan alasan ini utk. mengebom Iran dgn. bom nuklear, di samping menyalahkan K'jaan Islam/Melayu kita - utk. memulakan Perang Dunia Ketiga! Dan kerana itulah berita replika MAS di Israel ini mesti disiasat, didedahkan di seluruh dunia serta kemungkinan penglibatan ZIONIS palaing DAJAL Soros/Rothschild dgn. replika MAS ini!

Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk kemungkinan penglibatan si ZIONIS Soros, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun Dr. Mahathir kita!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive