sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 5 March 2014

GEMPAR !!! NGO ISLAM ISYTIHAR JIHAD , AMARAN KEPADA PIHAK SESATKAN ISLAM !!!! #KalimahAllah



Pemimpin dikalangan badan bukan kerajaan (NGO) dengan lantang memberi amaran kepada pihak yang cuba menyesatkan penganut Islam dalam negara malah akan mengisytiharkan jihad sehingga titisan darah terakhir.

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdul Rahman Mat Dali berkata, kemarahan semakin dirasai apabila agenda untuk menyesatkan penganut Islam digerakkan secara terbuka bertujuan menukar identiti Malaysia apabila Perlembagaan Negara meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.




"Kita akan berjuang habis-habisan. Kita memberi amaran kepada pihak yang cuba secara terancang, berani, halus untuk menukar identiti negara ini.

"Orang Islam sememangnya marah, orang Kristian sengaja mahu menyesatkan umat Islam. Hujah mereka tidak kuat, kenapa nak guna kalimah Allah, Allah itu Satu. Saya percaya ini ditiru daripada apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Umat Islam yang waras dan tidak terganggu dengan politik melampau dan pelik, pasti menyokong pendirian ini.





"Umat Islam tidak rela kalimah Allah ini digunakan dalam bible, jelas ia mahu menyesatkan dan merosakkan, memurtadkan dan akhirnya identiti kedudukan istimewa Islam tergugat sehingga menjadi plural. Bumi ini Melayu punya, tiada siapa dapat menafikan dan agama terakhir yang dianuti orang Melayu khususnya disini adalah Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Rakyat News ketika bersama-sama berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu.

Antara NGO yang hadir bersolidariti selain ISMA ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Persatuan Gabungan Amal (Per3), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Seni Silat Gayung Ma'rifat, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Melayu Tanjung Permata Pulau Pinang, Sukarelawan Al-Falah Malaysia dan Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sementara itu, menurut Pengerusi Wilayah dan Putrajaya Per3 Rosli RM pula, kehadiran kumpulan mereka adalah bagi menyatakan pendirian dalam meletakkan sasaran kalimah Allah hanya boleh digunapakai oleh umat Islam khususnya di Malaysia bahkan akan mempertahankan perjuangan itu waima apa rintangan dihadapi.




"Kita akan mempertahankan kalimah Allah walauapapun terjadi, sampai ke titisan darah terakhir. Dari dulu kita banyak berdiam diri, banyak memberi ruang dan ini yang kita dapat. Orang Islam akan memberontak seandainya ia (kalimah Allah) masih mahu digunakan (oleh penganut Kristian)," katanya.

Dalam masa sama Timbalan Yang Dipertua YADIM Dr. Yusri Mohamad menegaskan perilaku mencetuskan provokasi tidak wajar diadakan apatah lagi ketika umat Islam sedang lantang mempertahankan agama mereka.

"Kekecohan itu, kadang-kadang berpunca daripada provokasi, seperti tadi ada pihak yang hendak memberi bunga, apa mesejnya? Seolah-olah mereka lebih memahami Islam, ia pendekatan yang tidak sesuai," katanya ketika mengulas tindakan seorang wanita dengan nama Siti Kassim dipercayai murtad yang hadir ke perkarangan mahkamah dengan membawa sejambak bunga kononnya memberi maksud keamanan.

Sebelum ini, seawal jam 8 pagi kira-kira 2,000 umat Islam berkumpul sambil berdoa dan mendirikan solat hajat agar kalimah Allah terus menjadi hak mutlak umat Islam. Perhimpunan itu bagaimanapun mula bersurai kira-kira jam 1 petang setelah Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Pada 14 Oktober tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive