sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 14 March 2014

PANAS !!!! 13 GERAI MELAYU DI KAJANG DI ROBOH ANGKARA KATA-KATA WAN AZIZAH ??? #Kajang #PRKKajang



BLOG THE FLYING KICK
- Dalam tempoh 24 jam ini, Wan Azizah telah melakukan sesuatu yang jelas menunjukkan dia tidak tahu apa-apa tentang Kajang. Wan Azizah menjanjikan pembinaan perhentian bas di pekan Kajang sekiranya dia terpilih sebagai wakil rakyat.

Sedangkan perhentian bas Kajang yang suatu masa dahulu berada di tengah-tengah pekan Kajang atau lebih tepat lagi di hadapan Metro, telah dipindahkan ke Terminal Bas Kajang di Jalan Reko, bersebelah dengan Taman Tenaga pada tahun 1999 setelah terminal tersebut dibina pada tahun 1997 iaitu pada era Barisan Nasional sebagai wakil rakyat Kajang.

Kajang pada ketika itu belum dipecahkan kepada DUN Bangi dan Kajang seperti sekarang.

Wan Azizah berjanji akan membina perhentian teksi di pekan Kajang tanpa dia mengetahui bahawa teksi-teksi di Kajang semuanya merupakan teksi-teksi Kuala Lumpur yang tidak memerlukan terminal. Teksi dan bas hanya berhenti di pekan Kajang untuk mengambil dan menurunkan penumpang, bukannya menunggu penumpang seperti sebelum tahun 1999. Begitu juga dengan bas ekspres, semuanya telah berkumpul di Terminal Bas Kajang yang turut menempatkan UTC.

Dalam satu perkembangan yang menarik, Wan Azizah hari ini ketika sedang berkempen di Tapak Pasar Malam, Jalan Sekolah Sungai Sekamat berhadapan dengan situasi yang langsung tidak difikirkannya.

Lebih kurang jam 6:00 petang tadi, Wan Azizah cuba mendapatkan sokongan para peniaga dan pengunjung pasar malam tersebut. Dalam kempen tersebut, Wan Azizah telah mengedarkan penutup hidung kepada pengunjung dan peniaga pasar malam. Dia juga turut mengedarkan risalah, "CERITA KAK WAN" dan "SELANGOR KINI" berjumlah lebih kurang 100 keping.

Sebelum Wan Azizah sampai ke tapak pasar malam itu, pihak penguatkuasa MPKj yang dianggotai oleh orang Melayu tetapi diperintahkan oleh Cina yang menjadi Ahli Majlis MPKj telah mengedarkan notis arahan agar aktiviti perniagaan di sepanjang jalan tapak pasar malam tersebut DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

Alasan yang diberikan ialah, tapak pasar malam tersebut mengganggu lalu lintas. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga tidak berpuas hati dan meminta Wan Azizah campurtangan dalam menangani masalah tersebut.

Dalam satu situasi yang lain, MPKj telah merobohkan 13 buah gerai Melayu secara zalim. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kedai menjual kenderaan di tepi jalan yang sudah tentulah bukan milik Melayu, dibiarkan tanpa diusik dan tidak langsung dirobohkan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive