sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 27 March 2014

PANAS !!! ISU #MH370 MENTERI KDN BERI AMARAN KERAS PADA MEDIA CETAK BERBAHASA CINA !!! #PRAYFORMH370



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.

Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.

Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.

"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.

Persidangan bersambung esok. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Menteri ini pun dah berjangkit dengan H2รถ , asyik bagi amaran. Cakap banyak action tak dakkkkkkkkkk

Anonymous said...

salam,
dengar macam pak menteri sedang memalu tin kosong jer. ada bukti kukuh gred berapa agaknya untuk melakukan sesuatu tindakan terhadap akhbar cina tu. macam garang jer, macam serius jer, macam buat lawak jer.

Anonymous said...

Nak dengar kata2 menteri KDN dah mual dah cakap je buat belum tentu. Org melayu dah menyampah dah dgn cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Jangan sampai org menyampah kpd kerajaan asik amaran amaran amaran dia org ni dh ta rti basa kurang ajar

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive