sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 17 March 2014

KONSERT PANAS !! KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK TERLIBAT DALAM FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA #FMFA



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan penganjur Future Music Festival Asia (FMFA).

Khairy berkata dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penganjur FMFA yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu langsung tidak benar.

Namun Khiary mengakui penganjur FMFA mengunjungi beliau untuk memaklumkan tentang konsert tersebut dan meminta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil.

"Penganjur FMFA pernah datang pejabat saya untuk memaklumkan kepada saya tentang konsert FMFA. Mereka minta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil.

"Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)," katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur.

Khairy berkata beliau akan berbincang dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta KDN untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan serta kriteria penganjuran dan pemberian permit untuk konsert-konsert pada masa depan.

"Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat.

"Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Rembau itu juga menggesa agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini khususnya di konsert FMFA.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO itu juga menjelaskan beliau telah berbincang bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bersama menangani gejala ini.

"Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan juga NGO-NGO lain untuk mengadakan kempen kesedaran kepada warga belia tentang betapa bahayanya dadah sebegini," katanya lagi.

Khairy juga berkata beliau dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert FMFA.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/khairy-nafi-ada-kaitan-dengan-penganjur-future-music-festival-asia-31976?cp

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive