sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 19 March 2014

PANAS #PRKKAJANG : UCAPAN EXCO SELANGOR SATU PERNGHINAAN !!!! #Kajang #pilihmeifun



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menyelar Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim kerana membuat kenyataan menghina beliau di dalam ceramahnya semalam.

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

"Dia (Chang Khim) hanya menghina saya... kalau saya nak jadi Ahli Majlis, tak kan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pesara-Pesara Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan di sini hari ini.

Chang Khim dalam ceramahnya semalam menyeru beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK ini dan sebagai ganjarannya beliau ditawarkan jawatan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, katanya.

Mei Fun berkata Pakatan Rakyat sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

"Pakatan sengaja memutarbelit kredibiliti saya kerana mereka sedar rekod pencapaian saya baik selama ini dan terbukti bahawa saya memang berkhidmat untuk pengundi di PJ (Petaling Jaya) Utara,” katanya.

Mei Fun berikrar akan menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan pusat agar terus membawa pembangunan di Kajang sekiranya beliau mendapat mandat daripada pengundi-pengundi di sini. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive