sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 18 March 2014

TERKINI #MH370 !! KENAPA KAPTEN PESAWAT MH370 PILIH LAPANGAN TERBANG DIEGO GARCIA ??? #PRAYFORMH370



Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

1 comment:

Anonymous said...

Jgnlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi!

Lihat mengapa pengkalan tentera US di Diego Garcia ini amat MENCURIGAKAN (tentulah si CIA, begitu juga MI6-NATO, yg. kesemuanya dikuasai Mossad-Israe/ZIONIS DAJAL, akan menafikan!) - di http://www.abovetopsecret.com/forum/thread1002237/pg1, Diego Garcia “Island Paradise or Torture Chamber?”, Mar, 13 2014; http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/03/panass-mh370-bekas-cia-kutuk-malaysia.html, PANASS #MH370 !! BEKAS CIA KUTUK MALAYSIA & MENGAKU AGENSI PERNAH HIJACK PESAWAT TANPA DI KESAN !!,17 March 2014; http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/03/terkini-landasan-us-air-base-diego.html, TERKINI !!! LANDASAN US AIR BASE DIEGO GRACIA DITEMUI DALAM SIMULATOR KAPTEN #MH370, 18 March 2014; http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=55408, 9/11 and Zion: What Was Israel’s Role?, By Nick Kollerstrom on August 31, 2012; dan http://21stcenturywire.com/2014/03/16/the-case-of-malaysias-missing-airliner-mh370-part-two/, The Case of Malaysia’s Missing Airliner MH370 – Part Two, March 16, 2014, By Shawn Helton:

….from retired 35 year Delta pilot, Field McConnell, who states that since 1995, Boeing Uninterruptible Auto Pilots have been equipped in Boeing planes. This information was not released until March of 2007, following a subsequent lawsuit by McConnell.

...Boeing is said to have stated that by end of 2009 all Boeing planes would be fitted with the BUAP - making them impossible to manually hijack within the plane but susceptible to remote control by the military, according the flight veteran...

McConnell and his associates further explain the device used to control aircraft through his site abledanger.net, stating that Hillary Clinton and Rose Law Firm had originally obtained the patent for the Quartz Rate Sensor used in many military craft:

“The QRS-11 GyroChip sensor is used on commercial aircraft to rotate the antenna to receive signals from satellites for the in-flight entertainment system, radar tracking and flight controls. If the aircraft is equipped with a uninterruptible autopilot, signals can be received from a satellite to remotely fly the aircraft.

The sensor provides stabilization, flight control, and guidance. It also is used in missiles, Unmanned Aerial Vehicles (UAV ) and other military as well as space and industrial applications. Because of the sensitive nature of its military applications, the export of the technology is regulated.”….


Makcik Sambal Belacan

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive