sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 18 March 2014

TERKINI #MH370 : PERGERAKKAN 4 KAPAL TENTERA LAUT MALAYSIA (TLDM) HARI INI !!! #PRAYFORMH370




Empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini meneruskan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk fasa kedua.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkata dua kapal, KD Selangor dan KD Kelantan telah berlepas dari Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 1 pagi tadi.

"Manakala KD Pahang dan KD Terengganu memulakan perjalanan dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini pada pukul 2.45 petang tadi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelepasan dua buah kapal itu di sini hari ini.

Azhari berkata KD Pahang dan KD Terengganu akan menyertai misi pencarian pesawat itu di lautan Koridor Selatan yang menjangkau dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Misi kedua-kedua kapal itu kali ini disertai oleh 150 pegawai dan kakitangan serta dibantu sebuah helikopter Fennex, katanya.

KD Pahang diketuai Pegawai Memerintah Komander Mohd Zailani Mohd Nor sementara KD Terengganu diterajui Pegawai Memerintah Komander Zaidi Ishak.

Pesawat MH370 yang hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lepas membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Operasi mencari pesawat MH370 kini telah diperluaskan dan dibahagikan kepada dua koridor iaitu Koridor Utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan Koridor Selatan, melibatkan 26 negara.

Azhari menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang tempoh waktu bagi operasi mencari MH370 dan ia akan dijalankan selama mana yang diperlukan.

"Malah semangat anak-anak kapal masih tinggi untuk menyertai misi bagi membolehkan pesawat MH370 dijumpai semula," katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

K'jaan kita mesti JANGAN . tunduk dgn. Amerika-si DALANG-DUA-MUKA ini (patutlah seluruh Dunia, termasuk Tanah Melayu ISLAM kita ini mahu di’GAY‘kan oleh puak pengikut SYAITAN Illuminati Barat-Zionis , melalui ejen tempatannya termasuk si PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG - lihat di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan gengnya yg. ramai dlm rejim Amerika, dah SAMAN). Dan apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone.

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas pulau Maldiveslah, ke Kepulauan Andaman, dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive