sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 18 March 2014

UPDATE #MH370 : KOMUNIKASI TERAKHIR OLEH PEMBANTU JURUTERBANG PESAWAT MH370 !!! #PRAYFORMH370



Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media harian berkenaan perkembangan terkini pencarian MH370 hari ini, berkata berdasarkan siasatan awal, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir "all right, good night" pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar.

Beliau berkata nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stres ketika mengucapkan "all right, good night". (baiklah, selamat malam)

Ahmad Jauhari mengulangi transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.

"Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya.

Beliau berkata syarikat itu mempertimbangkan untuk memperkasa ujian rutin aspek psikologi, psikometrik dan psikomotor juruterbang selain memperketat syarat pengambilan baharu.

Beliau berkata syarikat kini dalam 'code tango', iaitu kod dalaman yang bermakna kod keselamatan yang dipertingkatkan, dan syarikat meneliti semua kemungkinan petunjuk atau kelemahan.

Ahmad Jauhari turut menolak spekulasi bahawa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah ditukar pada saat-saat akhir untuk menerbangkan MH370 pada 8 Mac.


"Beliau memang dijadualkan (untuk MH370)," katanya.

Mengenai kargo, Ahmad Jauhari berkata selain bagasi, pesawat turut membawa antara tiga dan empat tan buah manggis.

Beliau juga berkata tiada bukti penumpang penerbangan MH370 membuat panggilan telefon atau menghantar mesej teks selepas pesawat itu hilang.

"Kami masih menyiasat. Ada sejuta rekod yang perlu kami proses. Ini masih dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Ahmad Jauhari. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Kalau pilot PKR tu terlibat atau tidak, insiden MAS ini disyaki pd. asasnya melibatkan geopolitik global yg. paling DAJAL oleh CIA-MI6-Mossad-NATO - yg. juga disyaki MENAJA PEMBANGKANGSONGSANG!

Ini artikel terbaru, penuh maklumat - mengapa pengkalan tentera US di Diego Garcia ini amat MENCURIGAKAN - lihat di http://www.abovetopsecret.com/forum/thread1002237/pg1, Diego Garcia “Island Paradise or Torture Chamber?”, Mar, 13 2014; http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/03/panass-mh370-bekas-cia-kutuk-malaysia.html, PANASS #MH370 !! BEKAS CIA KUTUK MALAYSIA & MENGAKU AGENSI PERNAH HIJACK PESAWAT TANPA DI KESAN !!,17 March 2014; dan http://21stcenturywire.com/2014/03/16/the-case-of-malaysias-missing-airliner-mh370-part-two/, The Case of Malaysia’s Missing Airliner MH370 – Part Two, March 16, 2014, By Shawn Helton:

….from retired 35 year Delta pilot, Field McConnell, who states that since 1995, Boeing Uninterruptible Auto Pilots have been equipped in Boeing planes. This information was not released until March of 2007, following a subsequent lawsuit by McConnell.

...Boeing is said to have stated that by end of 2009 all Boeing planes would be fitted with the BUAP - making them impossible to manually hijack within the plane but susceptible to remote control by the military, according the flight veteran...

McConnell and his associates further explain the device used to control aircraft through his site abledanger.net, stating that Hillary Clinton and Rose Law Firm had originally obtained the patent for the Quartz Rate Sensor used in many military craft:

“The QRS-11 GyroChip sensor is used on commercial aircraft to rotate the antenna to receive signals from satellites for the in-flight entertainment system, radar tracking and flight controls. If the aircraft is equipped with a uninterruptible autopilot, signals can be received from a satellite to remotely fly the aircraft.

The sensor provides stabilization, flight control, and guidance. It also is used in missiles, Unmanned Aerial Vehicles (UAV ) and other military as well as space and industrial applications. Because of the sensitive nature of its military applications, the export of the technology is regulated.”….

……Additionally, if what McConnell alleges is true, why hasn’t his crucial Boeing information been discussed among the many so-called experts in avionics and air traffic control on larger media outlets?....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive