sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 2 March 2014

AIR MATA PROGRAM #ApaKabarBro BUAT TEAM #HELB SAYU !!! @pm_anuar @khairykj @azwanbro


Pagi tadi aku terut serta dalam Program 'Apa Khabar Bro' anjuran Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pergerakan Pemuda Umno yang di ketuai oleh Pengerusinya iaitu YB Anuar Manap yang juga Ahli Parlimen Sekijang , Johor. 

Dalam program ni selain membantu menyelesaikan masalah penduduk, program itu turut mengenal pasti janji-janji sewaktu pilihan raya umum (PRU) lepas untuk dilaksanakan supaya rakyat terus yakin dengan Barisan Nasional (BN).

Program ini di adakan di Batu 10 Cheras di mulai dengan minum pagi bersama penduduk sekita Batu 10 


 Program itu mendapat kerjasama agensi kerajaan dan kementerian termasuk dari segi sumbangan dana untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Dalam program pertama ini Yb Anuar menyampaikan bantuan RM30,000 sumbangan GiatMara dan Yayasan Felda untuk membaik pulih enam rumah di kawasan itu, selain RM1,000 dari HELB sendiri untuk Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih.










Aku ucapkan tahniah pada Yb Anuar dan barisan Hal Ehwal Luar Bandar Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia kerana membuat satu program yang ternyata menyentuh hati rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. 

Titisan air mata dari warga emas kerana terharu ada pemimpin yang turun membantu dan mendengar masalah mereka !! 

TERUSKAN  PROGRAM 'APA KABAR BRO' 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive