sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 21 March 2014

AL-FATIHAH : BOB KUMPULAN NASYID NOWSEEHEART MENINGGAL DUNIA !!


OHBULAN : Salam takziah diucapkan kepada keluarga Bob dari kumpulan nasyid Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin di atas pemergian beliau pada jam 12.04 tengah malam tadi.

Allahyarham Bob disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit lemah jantung selepas berada di dalam koma petang semalam selain mengalami kondisi terlalu banyak air dalam badan.

Berita pemergiannya telah dikongsikan oleh rakan seperjuangan, Mujahid yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Nowseeheart di laman Facebook miliknya.




Gambar kenangan ahli Nowseeheart bersama Bob (kanan sekali)

Malah kumpulan nasyid Saujana turut mengesahkan perkara tersebut di Facebook dan menyedekahkan doa buat Allahyarham sebaik menerima berita sedih itu malam tadi.

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Difahamkan, jenazah telah disembahyangkan di Taman Melewar, Gombak dan selesai dikebumikan pada jam 11 pagi tadi. Buat semua pembaca OHBULAN!, marilah sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham.

2 comments:

Anonymous said...

Sedihnya - harap nasib keluarga Alahyarham Bob ini(kalau belum kahwin - ibubapanya) akan terbela.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Dah tiba masanya ditubuhkan Pesatuan Artis Islam, utk. membalas jasa artis Islam yg. memperjuangkan Islam mcm. ni - kitakan NEGARA ISLAM. Mungkin Takaful dan YADIM boleh ikut sponsor bersama K'jaan.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Sedihnya - harap nasib keluarga Allahyarham Bob ini(kalau belum kahwin - ibubapa dan adik-beradiknya) akan terbela.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Dah tiba masanya ditubuhkan Pesatuan Artis Islam, utk. membalas jasa artis Islam yg. memperjuangkan Islam mcm. ni - kitakan NEGARA ISLAM. Mungkin Takaful dan YADIM boleh ikut sponsor bersama K'jaan.

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive