sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 16 March 2014

BR1M 3.0: 1.7 JUTA TAHU KEPUTUSAN MINGGU DEPAN #BRIM #PRAYFORMH370 #Kajang


Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang nama mereka dalam senarai semakan akan mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan itu minggu depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemohon berkenaan terdiri daripada 1.2 juta pemohon baru BR1M 3.0 manakala selebihnya pemohon BR1M 2.0.

Beliau berkata, proses semakan terhadap kelayakan permohonan berkenaan yang berakhir hari ini terpaksa dibuat sebelum ini berikutan pelbagai masalah membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

"Hari ini proses semakan tamat dan minggu depan sama ada layak atau tidak akan dimaklumkan melalui surat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama penduduk di pekan Tambun di sini. hari ini.

Ahmad Husni berkata, mereka yang menerima surat menyatakan gagal boleh membuat rayuan.

Kerajaan sebelum ini sedia mempertimbangkan semula rayuan mana-mana individu yang gagal mendapat BR1M 3.0 dengan syarat mereka perlu membuat rayuan bertulis kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

SINAR


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive