sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 7 March 2014

GEMPAR !! LUAHAN PM @NajibRazak UTAMAKAN NEGARA BUKAN POPULARITI SENDIRI !!! #DialogEkonomi @MPKotaBelut @tunfaisal





Terkejut aku bila lihat hanya Datuk Rahman Dahlan sahaja yang sanggup mengulas dan menyebarkan ucapan Perdana Menteri , Datuk Rahman Dahlan tidak jemu mengambil masa untuk tweet sendiri apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri mengenai Merasionalisasikan Subsidi.

Mana pergi Menteri Yang lain ? Mana Ahli MT ?? , Mana KSU ? mana ahli-ahli politik yang lain ? Nampak sangat banyar beribu-ribu kepada Pegawai Media tapi tugas macam ni pun tak boleh buat !!! Dalam Isu ini satu tabik hormat Apj pada Datuk Rahman !!!




Perdana Menteri sanggup dikecam demi menjaga kepentingan Ekonomi negara dalam rasionalisasi subsidi . Walaupun langkah ini bukan satu benda yang boleh mendapatkan populariti rakyat tetapi demi sayangnya beliau kepada negara dan rakyat , beliau sanggup melakukan !!! Kagum dan bangga Apj melihat apa yang dilakukan Perdana Menteri sekarang ini . Belum tentu orang lain sanggup lakukan perkara sama seperti yang dilakukan Najib. 

APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK MERASIONALISASIKAN SUBSIDI?

Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:

Hutang kerajaan akan meningkat – hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.

Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.


Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing – syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.

Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan...

sila rujuk portal penerangan lebih lanjut..

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/7088-program-rasionalisasi-subsidi.html


Saya utamakan kepentingan negara 

mengatasi populariti sendiri - PM

2014/03/07 - 10:59:29 AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi.

Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia.

Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia.

"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).

Pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

ini termasuk pelaksanaan pembaharuan subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api, selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi membantu mereka yang sangat memerlukannya.

Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing.
"Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan.

"GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi.

Najib berkata beliau tidak memandang ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal GST.

"Saya memikirkan secara mendalam mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan masa depan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata ini dilakukan berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi.

Najib bagaimanapun berkata kerajaan mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar apabila diperlukan.

"Mentadbir adalah untuk membuat keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Sambil menyatakan bahawa memang mudah untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive