sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 16 March 2014

GEMPAR #MH370 : PAKAR US SAHKAN #MH370 DI LARIKAN JURUTERBANG PROFESIONAL ?? #PRAYFORMH370



Penerbangan MAS MH370 dipercayai telah mengalami perubahan altitut atau ketinggian yang agak ketara sebaik ia hilang hubungan dengan menara kawalan di darat dan ia dipercayai mengubah laluannya lebih dari sekali seolah-olah oleh seorang juruterbang yang profesional, ujar pakar Amerika berhubung penyiasatan itu bercakap kepada The New York Times.

Isyarat radar yang direkodkan oleh tentera Malaysia memperlihatkan kapal itu telah naik sehingga 45,000 kaki melebihi altitut yang dibenarkan untuk Boeing 777-200 sebaik hilang dari radar awam dan melakukan lencongan ke arah barat, menurut penilaian awal oleh pihak yang arif dengan data itu.

Trek radar yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS) dan China itu turut memperlihatkan kapal berkenaan menurun secara tidak ketara ke tahap 23,000 kaki, di bawah tahap meluncur yang normal ketika ia menghampiri Pulau Pinang.

Tiga pegawai percaya, kapal berkenaan melakukan pusingan dari laluan barat daya, menambah altitut dan kemudiannya terbang ke barat laut melalui Selat Melaka dan ke arah Lautan Hindi.

Perubahan altitut atau ketinggian dan paling kurang dua perubahan hala penerbangan memberikan gambaran pelbagai kemungkinan termasuk juruterbang atau perampas telah mengubah haluan kapal itu atau kapal itu terbang hanya hala tuju selepas krew gagal bertindak.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive