sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 7 March 2014

GEMPAR !!! PM MEMINTA JAKIM DAN JAHEIK BERBINCANG MENGENAI PELAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN !!! MANTAP PM !!!


Apj tertarik semasa MB Kelantan menggulung perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam , beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian menrima kunjungan beliau dan rombongan ke Putrajaya NOV tahun lepas. 

Salah satu ayat beliau adalah mengenai perbincangan tentang isu pelaksanaan Hukum Hudud dan beliau berkata Perdana Menteri meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ( JAHEIK) berbincang mengenai perkara ini. Harapan Apj agar perkara ini terlaksana dengan cepat dan dilaksanakan di Kelantan dan di ikuti oleh negeri-negeri lain. 

JOM TENGOK TEKS UCAPAN PENUH MB KELANTAN SEMALAM 

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Khamis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi menerima kunjungannya dalam satu pertemuan yang diadakan pada 28 Nov lalu.

Ahmad ketika mendedahkan butiran dalam pertemuan itu berkata banyak yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat Kelantan seperti masalah migrasi air, soal berkaitan pengagihan royalti petroleum sehinggalah kepada pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

"Saya amat berterima kasih kerana Perdana Menteri sudi menerima kunjungan dan diberi peluang (untuk bertemu). Ini semua untuk kepentingan rakyat Kelantan.

"Banyak perkara yang telah kami bincangkan," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim di sini.

Ahmad berkata mengenai hukum hudud, terdapat beberapa perkara yang positif dan Najib telah meminta perkara itu diperbincangkan di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).

Mengulas lanjut Ahmad berkata antara perkara lain yang dibangkitkan adalah pengagihan royalti minyak, permohonan pembinaan lebuh raya, pembinaan Jambatan Palekbang di Kampung Cina di sini dan menaik taraf beberapa projek pembangunan.

"Insya-Allah dengan kerjasama kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)akan mempercepatkan kemudahan ini dilaksanakan di Kelantan," katanya.

1 comment:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive