sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 9 March 2014

HOT NEWS !!!! JANGAN TUNDUK DAN TERPENGARUH SEGALA TUNTUTAN COMANGO !!!!



Kerajaan Malaysia digesa agar tidak tunduk dan terpengaruh kepada apa juha desakan pihak antarabangsa berhubung tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa berkata tuntutan Comango itu yang antara lain mengiktiraf hak kebebasan agama dan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), cukup berbahaya kerana membabitkan masa depan Islam dan akidah umat Islam di Malaysia.

"Kerajaan...jangan mudah terikut-ikut gendang yang dipalu oleh Comango," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program 'Pencerahan Ilmu' di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini pada Sabtu.

Program anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu yang bermula semalam, mengetengahkan 'Isu-isu Semasa Islam Di Malaysia' dan 'The Ummah Of Wasatiyyah'.

Comango pada Oktober tahun lepas dilapor menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan tidak berdaftar itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal isu penggunaan kalimah ALLAH dan ajaran Syiah.

Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas, berkata Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPro) akan terus mengadakan seminar dan forum bagi menerangkan kepada umat Islam berhubung tuntutan berbahaya Comango itu.

Beliau berkata pada 12 Mac ini, MuslimPro akan mengadakan seminar berhubung perkara tersebut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan hasil daripada dialog itu serta yang diadakan sebelum ini akan dibentangkan kepada kerajaan.

"Kami akan kumpul kertas kerja atau maklumat untuk dikemukakan kepada kerajaan untuk melihat sebelum memberi respons menjelang penerimaan muktamad syor-syor kepada Malaysia semasa Semakan Berkala Sejagat pada akhir bulan ini," katanya.

Semasa sesi penuh persidangan itu dari 18 hingga 22 Mac, kerajaan Malaysia akan mengesahkan untuk menerima atau menolak mana-mana daripada 232 syor yang dikemukakan negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB) semasa sesi UPR berkenaan.

Nasharudin yang akan menyertai delegasi MuslimPro ke Geneva bagi memantau persidangan itu, berkata MuslimPro bukannya menentang kesemua tuntutan yang dikemukakan Comango, sebaliknya hanya perkara yang menyentuh agama Islam.

Beliau berkata MuslimPro juga akan mengambil kesempatan bertemu NGO-NGO di Geneva untuk memaklumkan tentang usaha pihak tertentu mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive