sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 10 March 2014

#MH370 : LUAHAN SAYU SEORANG ANAK KECIL MENANTI KEPULANGAN AYAHNYA YANG HILANG BERSAMA PESAWAT MH370 !!! #PRAYFORMH370



Anak kepada salah seorang anak kapal yang terlibat dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Laman sosial twitter @gorgxous_ dipenuhi dengan kata-kata semangan daripada orang ramai yang mendoakan keselamatan ayahnya serta pemumpang dan anak kapal lain yang terlibat dalam tragedi tersebut.


"And until today, we are still waiting for you dad (sehingga hari ini, kami masih menanti kamu, ayah)," luahan seorang anak yang merindukan ayahnya.

Gadis ini turut mendapat kata-kata semangat daripada pengikutnya di twitter yang tidak henti-henti berharap agar dia dan keluarganya terus bersabar menanti kepulangan ayahnya.



Awal pagi Sabtu lalu, negara dikejutnya dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan didakwa hilang dari radar selepas 2 jam perjalanan.

Sehingga kini, operasi mencari masih giat dijalankan memandang tiada tanda-tanda dikenalpasti bahawa pesawat itu terhempas.

Sebelum ini, media melaporkan kisah yang berlaku kepada ahli keluarga Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, salah seorang penumpang MH370 yang juga merupakan pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sofuan berangkat ke Beijing Sabtu lalu bagi melaporkan diri untuk memulakan tugas di sana setelah tiga kali menanguh kan perjalanan ke sana dengan alasan sambutan Tahun Baharu Cina dan musim salji melanda negara berkenaan.

RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive