sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 15 March 2014

#MH370 : NIK ABDUH BALUN KHALID SAMAD KAW KAW KERANA POLITIKKAN ISU MH370 ? #PRAYFORMH370 #Kajang #PRKKajang


Rakyat perlu mengambil serius dan tidak mempolitikkan isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas,.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, insiden berkenaan merupakan isu negara yang perlu ditangani bersama dan bukan masa untuk memikirkan fahaman politik masing-masing dalam menanganinya.

"Hapuskan sempadan fahaman masing-masing, doa bersama-sama, elak kritik usaha yang dijalankan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, petang semalam.

Nik Mohamad Abduh berkata sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, apa sahaja usaha yang dijalankan bagi menjayakan operasi tersebut tidak harus ada halangan politik terutama dalam mengadakan solat hajat.

"Tiada sempadan apa-apa bagi umat Islam untuk berdoa kepada Allah. Tidak kisah siapa anjur solat hajat baik BN (Barisan Nasional) atau pembangkang sekalipun, siapa saja boleh sertainya," katanya.

Beliau berharap pihak berwajib terus menggandakan usaha dalam mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

RAKYAT NEWS




No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive