sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 14 March 2014

#MH370 : WAJIB BACA !! MISTERI ATAU KONSPIRASI ?? DIEGO GARCIA DAN CERITA KAPAL TERBANG #PRAYFORMH370



Bismillahir Rahmanir Raheem..

Setahun yang lalu, saya menulis tentang pulau ini. Saya mengaitkannya dengan pulau di mana Tamim Ad Dari terdampar lalu bertemu dengan Al Jasassah dan Dajjal. Al Jassasah, ada yang menafsirkannya sebagai pengintip.

Diego Garcia sejak sekian lama merupakan tempat di mana, bot, sampan dan kapal-kapal hilang dan ‘hilang’. Dahulunya, ada penduduk asli di situ. Kemudian mereka dihalau British. Selepas itu British ‘dihalau’ keluar sebahagian daripadanya melalui satu perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat.

Pulau itu kini menempatkan pengkalan tentera Amerika. Sebuah pengkalan tentera yang jarang diketahui pihak awam. Sebuah pengkalan tentera yang meresahkan pihak Kerajaan China.

Melihat isu-isu yang berlaku lewat seminggu ini dengan kehilangan penerbangan MH370, lawatan Barrack Obama yang dijadualkan pada April 2014, perundingan perjanjian TPPA yang masih belum dimuktamadkan, hubungan China dan Malaysia yang cuba dikeruhkan melalui isu kehilangan penerbangan ini, fikiran saya melayang ke Diego Garcia. Tidak perlu kepada buluh runcing, bubu, jala, pukat tunda dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang berlaku.

Penulisan saya pada tahun lepas, 2013 memberikan amaran bahawa False Flag akan dijalankan selepas semua usaha ‘regime change’ gagal. Boleh baca semula apa yang saya amarankan di dalam penulisan di bawah. Saya menulis tentangnya sebelum semua ini berlaku.

1. Malaysia, Selat Melaka dan Tokong Demokrasi Amerika

2. Lain boneka dari ventriloquist sama



Pagi ini, apabila berita memuatkan bahawa penerbangan MH370 berpatah balik ke Selat Melaka dan radar menunjukkan kali terakhir ia dikesan di Pulau Perak, seluruh ingatan saya hanya teringat kepada amaran yang saya berikan tahun lepas.

Pulau Diego Garcia, sebuah pulau indah untuk bercuti-cuti. Cuma mereka yang ‘dijemput’ ke sana boleh bersantai di situ.

Obama telah menyelesaikan masalah Osama ben Laden yang menjadi Phantom of The Opera gerakan memerangi keganasan dalam drama dan filem Amerika yang dimainkan seluruh dunia. Mungkinkah April ini, Obama sekali lagi menjadi hero tanpa seluar dalam merah diluar, menyelesaikan kebuntuan dan tekanan ke atas Malaysia kali ini.

Jika demikian, apa harga yang perlu dibayar untuk upah superhero tersebut? LGBT, hak sama rata sama rasa, hak menanam benih diluar kebun yang subur menjadi hak yang tidak boleh didakwa, dasar pro Amerika melalui pelbagai perjanjian, penggadaian Selat Melaka sebagaimana Terusan Panama dan Suez dikawal mereka, dasar anti China, hak untuk murtad dan sebagainya yang selama ini cuba dipertahankan? Wallahua’lam.

Teringat kata-kata Joker di dalam filem Dark Knight lakonan Heath Ledger..

“If you’re good at something, never do it for free..”

Susahlah dunia jika ‘superhero’ juga datang menuntut 'upah'.


Hidup atau mati, Allah yang menentukan. Hilang atau jumpa, hanya Allah yang menentukannya. Tetapi Allah dan RasulNya berpesan dengan kita tentang bahaya serta kejahatan Yakjuj dan Makjuj serta tipu daya Dajjal. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan dengan satu sifat Dajjal bahawa dia juga 'boleh mematikan dan menghidupkan' sesiapa sahaja yang dia mahu? Bukankah di dalam cerita-cerita yang disampaikan Rasulullah s.a.w. telah disebutkan bagaimana individu-individu yang mengaku diri mereka Tuhan, membuktikan kepada khalayak bahawa mereka juga mempunyai kemampuan untuk 'menghidupkan dan mematikan'? Ingat cara Namrud berhujah dengan Nabi Ibrahim a.s. tentang bagaimana dia 'menghidupkan dan bagaimana dia mematikan'?

Diego Garcia… Diego Garcia.. entah apa lagi yang ada di Diego Garcia..


Segalanya berada dalam pengetahuan Allah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga orang-orang yang tidak bersalah terselamat dalam apa jua keadaan dan yang bersalah mendapat balasannya.

Read more: http://satuhala.blogspot.com/#ixzz2vrbIX8yC

2 comments:

Anonymous said...

Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat, Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html, CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/pakar teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan, dr. syarikat Freescale Semiconductor (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016, Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014)! )! Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan!

Disyaki Mossad-CIA-MI-MI6 akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh ramai saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8, Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists, Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Juga utk. MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009).

Ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, mallaui apa car pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Semoga mereka dijumpai semula. Amin. Sama2 kita doakan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive