sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 13 March 2014

PANAS !!! PENDUDUK KAJANG MENANGIS KECEWA BILA DENGAR PENGAKUAN WAN AZIZAH INI !!! #Kajang #PRKKajang




Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah mengakui terpaksa bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kerana terpaksa demi membela suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Azizah, belaiu hanya berpolitik ketika Anwar berada di penjara dan apabila Ketua Pembangkang itu dibebaskan pada 2008 beliau bertekad untuk keluar dari arena politik namun terpaksa kembali bertanding selepas suaminya sekali lagi dipenjara atas kesalahan liwat.

"Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.

"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu," katanya ketika berceramah di Taman Koperasi CEUPACS, Kajang, baru-baru ini.


Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, namun sabitan tersebut berjaya diketepikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Pada 2008, Azizah menyerahkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) kepada Anwar dan menetapkan untuk berundur dari arena politik.

PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan Wan Azizah selepas kedua-duanya menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon 11 Mac lepas.

Kerusi DUN Kajang kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, namun hasrat tersebut tidak kesampaian selepas beliau hilang kelayakan kerana sabitan kesalahan meliwat yang dihadapi.


rakyat news 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive