sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 16 March 2014

PANAS #PRKKAJANG : PKR TERLALU SOMBONG DAN ANGKUH !!!!! #Kajang #MH370



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menyifatkan pembangkang sebagai terlalu angkuh dan sombong apabila meramalkan calon Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan wang deposit dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.

Beliau berkata menang atau kalah terletak di tangan 39,278 pengundi Kajang dan bukan seperti diuar-uarkan pemimpin lawan.

“Mereka angkuh kerana umumkan di pentas-pentas ceramah bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun (calon BN) akan hilang wang deposit. Tetapi mereka lupa kemenangan dalam pilihan raya adalah ditentukan oleh pengundi.

“Di sini saya ingin beritahu bahawa mereka kena ingat, bukan semua undi akan diberikan secara automatik kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat). Ini hakikat yang mereka perlu ingat,” katanya kepada Bernama di sini.

Liow berkata PKR juga dilihat terlalu ghairah untuk memastikan Chew kehilangan wang deposit sehingga terlupa tentang peranan yang perlu dimainkan calon mereka jika sekiranya bergelar wakil rakyat.

“Mereka hanya mahu menang di Kajang, tetapi BN melalui Chew dengan jelas mempunyai agenda dan perancangan yang jelas, malah komited membantu memperbetulkan masalah yang dihadapi penduduk di Kajang,” katanya.

Chew akan berdepan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Bernama



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive