sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 16 March 2014

TERKINI : KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BRIM SECARA BULANAN !!! TERBAIK KERAJAAN BN !!! #BR1M #BRIM



Kerajaan sentiasa berusaha meringankan beban rakyat termasuk menambah baik mekanisme pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang antara lain mempertimbangkan pembayarannya dibuat mengikut suku tahun kewangan atau secara bulanan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mekanisme baharu itu telah dibawa untuk diputuskan oleh Kabinet.

"Kita belum buat keputusan tetapi perkara ini telah dibawa ke Kabinet. Besar kemungkinan kita akan beralih kepada sistem baharu tetapi keputusan hanya akan dibuat oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Radio PerakFM di sini hari ini.

Katanya langkah itu bagi membolehkan penerima BR1M menikmati bantuan secara berterusan sepanjang tahun.

"Kalau kita bagi sekali dia akan belanja habis. Tapi kalau kita bagi secara bulanan atau mengikut suku tahun, dia boleh belanja (lebih lama)," katanya.

Ahmad Husni berkata, BR1M diperkenalkan bagi membantu rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Kita buat kajian dan mendapati kedudukan fiskal kita boleh dikukuhkan. Itu dipanggil penyatuan fiskal. Untuk kita kukuhkan fiskal ini salah satu aspek yang kita lihat adalah berkenaan dengan subsidi," katanya.

Katanya ketika ini subsidi dinikmati semua golongan termasuk mereka yang tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan.

"Kalau kita boleh buat rasionalisasi subsidi, kita ada simpanan dan siapa yang patut dapat? Katakanlah orang yang berpendapatan RM4,000 ke bawah yang patut menikmati subsidi, jadi kita pindah kepada mereka. Sekarang ini kita jadikan BR1M sebagai instrumen itu.

"Rasionalisasi subsidi bagi RON95 kita tengah buat. Kita ada model dan kita akan bentangkan kepada jawatankuasa berhubung polisi fiskal dan kita akan buat keputusan berapa jumlah (subsidi) yang kita akan turunkan. Besar kemungkinan secara beransur-ansur, terus sahaja subsidi RON ini kita berhentikan," katanya.

Beliau berkata, menurut kajian subsidi RON95 adalah sebanyak RM14 bilion dan jika rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan boleh menggunakan wang berkenaan untuk pelbagai tujuan termasuk pemberian BR1M dan pembangunan.

"Kita buat kajian subsidi RON95 adalah sebanyak RM14 bilion. Setelah kita bagi BR1M, kita masih ada kira-kira RM4 bilion yang kita boleh guna untuk pembangunan," katanya.

RAKYAT NEWS 

APJ : TERBAIK KERAJAAN BN 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive