sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 16 March 2014

TERKINI #MH370 : PANAS : KOMANDER US WILLIAM MARKS MULA BERSUARA #PRAYFORMH370 #PRKKajang




Jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks memuji usaha Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370.

Menurutnya, kerajaan Malaysia sangat profesional sepanjang mengetuai operasi mengesan pesawat tersebut, walaupun beberapa media antarabangsa termasuk CNN, sebelum ini, mengkritik cara Malaysia mengendalikan misi itu.

“Mereka (Malaysia) telah melakukan apa yang saya panggil satu kerja yang luar biasa. Ia seperti papan catur besar di luar sana. Ia benar-benar seperti kepingan catur yang bergerak merata dan ianya 3-D. Anda mempunyai tiga dimensi, anda mempunyai ruang air dan ruang udara.

“Jika anda tidak melakukan kerja itu dengan baik, kemungkinan besar boleh berlaku kemalangan. Saya memberi banyak kredit kepada kerajaan Malaysia. Mereka mempunyai rancangan yang sangat teratur.

“Mereka berjaya mengkoordinasi semua aset-aset ini dari semua negara-negara yang terlibat, mereka membuat tugasan dan mereka sangat cekap, sangat profesional,” katanya seperti dipetik dari akhbar antarabangsa, The New York Times.


Kenyataan Williams itu menepis tohmahan pelbagai pihak termasuk media di negara ini yang cuba menimbulkan kesangsian terhadap cara kerajaan menanggani kejadian kehilangan pesawat.

Malah dakwaan beberapa pemimpin parti politik termasuk terbaru dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kerajaan Malaysia tidak berupaya mengendalikan misi mencari pesawat MH370 sehingga terpaksa menggunakan khidmat bomoh, memburukkan lagi keadaan.

Kerajaan Malaysia, sebelum ini, melalui kenyataan rasmi menafikan bahawa mereka telah bertindak memanggil atau menggunakan khidmat ‘bomoh’ bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat itu.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan menganggap kenyataan tersebut berniat jahat dan memburukkan imej kerajaan lebih-lebih lagi Presiden PKR itu bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive