sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 5 March 2014

TUDIAAA !!!! CUKUP-CUKUPLAH TU RAFIZI !!!!



"Henti politikkan isu air Selangor," demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan ketika diminta mengulas tentang pertikaian beberapa pihak termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Menurut Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang, MoU itu telah diperhalusi dan keputusan tersebut diambil demi kepentingan rakyat Selangor yang berdepan krisis air sejak kebelakangan ini.

“Semua pihak daripada mana-mana parti politik, berhentilah daripada mempolitikkan isu air ini. Saya rasa sudah ada jalan penyelesaian, cuma tinggal peringkat pelaksanaan dan persetujuan kedua-dua pihak.

“Saya yakin dan percaya pihak menteri besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai penasihat dari segi undang-undang, teknikal dan sebagainya. Ini perkara yang telah diperhalusi dan keputusan diambil untuk kepentingan rakyat Selangor.

"Jadi, Rafizi Ramli atau mana-mana ahli politik yang lain-lain berhenti untuk mempolitikkan isu air ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Melihat tindakan Rafizi yang mempersoal kandungan MoU itu, Sohami menyifatkan Rafizi seolah-olah cuba meraih populariti dengan mempolemikkan isu air tersebut.

“Dalam hal ini, kita merasa bersyukur kerana satu jalan penyelesaian telah dapat di lakukan dan bagi rakyat negeri Selangor. Apa yang kita mahu adalah satu hasil daripada perbincangan itu memberi kebaikan tanpa mengira mereka menyokong parti mana, kaum apa dan sebagainya.

“Jadi, saya rasa dalam perkara ini, Rafizi cuba mempolemikkan isu air ini sekali lagi kerana dia mahu menjadi populis dan melihat isu air ini barangkali boleh mengembalikan populariti dia dan mengambil sempena dengan isu Kajang ini. Saya fikir cukup-cukuplah tu Rafizi. Tak payah nak jadi hero tak bertempat,” katanya.

Kelmarin Rafizi dalam satu sidang media mendakwa terdapat empat perkara dalam kandungan MoU tersebut boleh menimbulkan spekulasi dan dilihat berat sebelah.

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kandungan MoU berkenaan secepat mungkin.

Selain Rafizi, beberapa pimpinan PR di Selangor juga mempertikaikan kandungan MoU yang telah ditandatangani pada 26 Februari lalu. SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive