sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 8 March 2014

TUDIAAA !!! MIN ALI KATA ANWAR BERSALAH LIWAT SAIFUL ??? #LIWAT



KAJANG 6 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilihat mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung keputusan rayuan kes liwat II melibatkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diputuskan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya petang ini.

Pada satu majlis di salah sebuah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi, Ahli Parlimen Gombak itu menjangkakan Anwar bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

"Ada kemungkinan hukuman dijatuhi selepas solat Jumaat esok. Maka saya merayu kepada umat Islam khususnya, mari kita solat hajat supaya Anwar bebas daripada fitnah jahat yang ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bilik Gerakan PR di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Hadir sama Ketua Wanita PKR merangkap Timbalan Pengarah PRK Kajang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat, Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Nasir, ADUN Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan mantan Presiden Pertama Angkatan Belia Islam (ABIM) Dr. Razali Nawawi.





Dalam perkembangan sama, Azmin ketika ditemui pemberita mengeluarkan kenyataan sebaliknya apabila meletakkan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah dan akan dibebaskan dari sebarang pertuduhan tersebut.

"Kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan hari ini dan disambung esok, Anwar akan terus dibebaskan daripada pertuduhan ini. Malahan keyakinan kita ini berjaya diyakinkan berdasarkan keputuskan mahkamah tinggi sebelum ini.

"Sejak dari awal kita tegaskan Anwar tidak bersalah dan tiada sebab untuk kita buat persiapan selain daripada itu," tegasnya.

Sementara itu, Azmin ketika berucap dihadapan kira-kira 80 hadirin beberapa minit sebelum itu mendakwa sistem kehakiman telah diperalatkan oleh UMNO dan BN atas alasan parti lawan itu takut kepada Anwar Ibrahim.





"Mereka takut Anwar bertanding di Kajang. Najib (Perdana Menteri) takut dan yang paling takut Mahathir (mantan Perdana Menteri). Sehingga mahkamah diperalatkan oleh UMNO untuk menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan. Anwar terpaksa tumpu di mahkamah. Ini niat jahat UMNO supaya Anwar tidak dapat turun ke Kajang,"

"UMNO mahu hukuman dijatuhi sebelum penamaan calon. UMNO tahu Anwar tidak boleh dikalahkan di Kajang. Mereka tidak boleh kalahkan kita maka UMNO menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang," katanya.

Rayuan kes liwat II yang bermula semalam bagi mendengar pendakwaan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan ini merujuk kepada keputusan pada 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Anwar tidak bersalah di atas kes liwatnya terhadap Saiful di Kondominium Desa Damansar antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya telah membuat permohonan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, suspek bakal dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan

1 comment:

Anonymous said...

Siapa sebenar Azmin????inilah manusia yg tak berprinsip....ditiup umpama lalang.Dia boleh bertukar warna kulit saperti Chameleon/sesumpah.Tak sedarkah dia awal mula dia berpolitik adalah disebabkan dia dengan muka tak malu ber'bapa' dan ber'mak' angkatkan Tun Mahathir dan Dr.Siti Hasmah.Oleh kerana dah termakan budi dan terjual bodi,sekarang garang puloq dia terhadap kedua orang tua ini.ini yg kita gelarkan melepaskan anjing yg tersepit,bila bebas dia mengigit.Memang bangkai punya manusia.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive