sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 March 2014

UPDATE #MH370 : PERANCIS BUKA KERTAS SIASATAN KEMUNGKINAN ADA PEMBUNUHAN #PRAYFORMH370



Pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan kehakiman pada Selasa untuk menyiasat kemungkinan ‘pembunuhan’ ekoran kehilangan empat warganegara itu bersama pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Sabtu lepas.

Menurut laporan awal AFP, ini adalah amalan biasa negara itu.

Ketua Media Kedutaan Perancis di Malaysia, Damien Syed mengesahkan laporan itu dan berkata ianya hanyalah sisatan awal.

"Ia adalah sangat biasa bagi Perancis untuk berbuat demikian. Setiap kali seorang warganegara Perancis maut di luar negara, pendakwa raya Perancis biasanya akan membuka kertas siasatan awal untuk menyelidik mereka, " katanya.

Peguam Malaysia, Datuk Mohd Haziq Pillay pula berkata siasatan kehakiman itu terlalu awal kerana setakat ini tidak ada bukti mengenai apa yang berlaku kepada MH370.

"Saya tidak menentang siasatan kehakiman, namun pendakwa raya Perancis perlu sedar bahawa kita sedang melalui masa yang sukar sekarang, dan mereka tidak seharusnya membuat spekulasi ," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata perlu ada dua syarat untuk siasatan kehakiman kemungkinan ‘pembunuhan’ iaitu perlu ada kematian dan pihak Perancis harus membuktikan kecuaian yang membawa kepada terhempasnya pesawat tersebut.

Mohd Haziq turut merasakan bahawa sekiranya siasatan itu diteruskan, ia akan menjatuhkan nama Malaysia dan peranan yang dimainkan olehnya di persada anatarabangsa.


Sementara itu, peguam Syariah Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata siasatan itu tidak masuk akal kerana perlu ada bukti jenayah dan pada ketika ini, ia tidak wajar untuk menuduh mana-mana pihak.

Nizam berkata apa-apa siasatan yang dilakukan oleh mereka akan bertentangan dengan pihak lapangan terbang.

Semalam, Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini.
Empat penumpang Perancis yang dikenal pasti adalah Laurence Wattrelos, 52, dan anak-anaknya Hadrien, 17 dan Ambre, 14 serta teman wanita Hadrien, Zhao Yan, 18.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-perancis-buka-kertas-siasatan-kemungkinan-pembunuhan-31717?cp

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive