Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Anwar tidak memenuhi mana-mana kriteria untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.
"Antara alasan syarie yang telah disenarai adalah persoalan mengenai akidah beliau yang berpegang kepada fahaman Pluralisme dan tindakannya yang dikatakan bersetuju dengan hak individu untuk memilih agama apabila telah mencapai satu peringkat umur.
"Beliau juga secara langsung terlibat dengan gerakan Yahudi Antarabangsa selain sokongan beliau terhadap amalan-amalan songsang LGBT dan pendiriannya berhubung Kalimah Allah," katanya kepada pemberita semasa sidang media di kediaman beliau di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.
Hasan menjelaskan, pihaknya akan mendedahkan lebih 15 lagi alasan menjelang PRK di Kajang nanti dan ianya akan menjadi hujah yang kuat mengapa rakyat perlu menolak Anwar.
Katanya, pihaknya telah dapat membayangkan kemudaratan yang bakal menimpa penduduk di Kajang dan Selangor sekiranya Anwar di pilih sebagai wakil rakyat di kawasan tersenut.
"Dengan membayangkan kemudaratan yang bakal timbul, NGO-NGO Islam sepakat dan beriltizam akan untuk menggerakkan seluruh kekuatan untuk turun padang pada PRK Kajang bagi memberi penerangan kepada pengundi tentang siapa sebenar manusia bernama Anwar Ibrahim.
"Kami juga meramalkan seandanya Anwar dipilih dan menerajui Selangor, akan timbul pergolakan dan pertembungan di Selangor yang akhirnya akan merebak ke seluruh negara.
"Pengundi-pengundi di Kajang terutama yang beragama Islam diminta supaya tidak termakan dengan penipuan Anwar dan sedarlah bahawa memberi satu undi kepada Anwar bermakna memberi satu undi kepada kehancuran Akidah Ummah," ujarnya.
2 comments:
Assalamualaikum..wr.wb..demonstrasi aman menolak kedatangan obama 2.0 akan diadakan pada 18hb april 2014 lpas solat jumat di hadapan kedutaan US semua muslimin&muslimat dijemput hadir..digalakkan solat jumat di masjid tabung haji..jazakallah
Assalamualaikum..wr.wb..demonstrasi aman menolak kedatangan obama 2.0 akan diadakan pada 18hb april 2014 lpas solat jumat di hadapan kedutaan US semua muslimin&muslimat dijemput hadir..digalakkan solat jumat di masjid tabung haji..jazakallah
Post a Comment