sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 3 March 2014

PANAS !! KONFLIK ANWAR DAN KHALID IBRAHIM , ELIZABERT WONG CUBA JADI HEROIN !!!!



Elizabeth Wong Putar Belit Isu Konflik Anwar - Khalid Ibrahim

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong dilihat cuba memutarbelit konflik di antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara komunikasi tersendiri dalam isu melibatkan Perjanjian Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, ianya tidak sewajarnya dijadikan isu kerana kedua-dua tokoh itu merupakan sahabat karib sejak sekian lama.

"Saya rasa mereka (Khalid dan Anwar) ada cara komunikasi berbeza, mereka sudah berkawan lama.

"MoU merupakan isu berbeza. Isi kandungan dalam MOU itu diteliti. Dikalangan pemimpin kita juga tidak mengetahui tentang perjanjian itu. Saya juga memahami, kenapa kita perlu 'private' kerana ada kaitan dengan 'market',"katanya kepada pemberita dalam sidang media pra-Pelancaran Pusat Media PRK Kajang di sini hari ini.

Hadir sama ADUN Rawang Gan Pei Nei, ADUN Kuala Sepetang, Perak, Chua Yee Ling, Ketua Operasi pada PRK Kajang Hamizi dan Jawatankuasa Biro Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata tindakannya tidak memaklumkan MoU kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang. Jelas Abdul Khalid, peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor terjejas di pasaran saham.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai dominasi parti PKR dalam pemerintahan Selangor, Elizabeth menolak persepsi berkenaan sambil meminta orang ramai memandang positif kepada keberkesanan pentadbiran di negeri itu sejak 2 penggal memegang kuasa.

"Saya rasa secara keseluruhan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) memperlihatkan kita boleh memerintah sesebuah kerajaan . PRK ini bukan hanya pada Selangor. Ini satu lonjatan untuk bekerja bersama. DAP dan PAS juga telah melancarkan jentera masing-masing untuk membantu calon Anwar Ibrahim untuk memenangi kerusi itu dengan jayanya. Saya rasa pada permulaan mungkin situasi nampak sedikit keliru,"

"Pandangan itu (dominasi PKR) hanya pada sebelah pihak sahaja. Pada pemerhatian akar umbi, kita mendapat sokongan penuh daripada DAP dan PAS. Kami disini bersama-sama, Anwar tanpa Khalid dan sebaliknya tidak akan berlaku," ujar beliau sambil memegang poster gambar Abdul Khalid dan Anwar dengan slogan 'Rakan Sejati bersama Kukuhkan Parti'.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive