sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 March 2014

PANAS !!! AZIZAH PERNAH KHIANAT DENGAN PENGUNDI - MEI FUN #Kajang #PRKKajang




Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail lemah dalam menawarkan perkhidmatan sebagai wakil rakyat ekoran pernah mengkhianati pengundi sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh suatu ketika dahulu.

Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Paduka Chew Mei Fun berkata, oleh kerana itu beliau optimis mendapat kemenangan majoriti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini tambahan pula sokongan dari rakyat terutama kaum Cina semakin menebal.

"Setiap calon mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Saya optimis mampu meraih sokongan daripada pengundi di Kajang," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambah Mei Fun, Wan Azizah sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Pembangkang itu keluar dari Penjara.

Mengulas mengenai skongan masyarakat Kajang kepada BN beliau menjelaskan orang ramai memberi impak positif sepanjang tempoh beliau turun padang.

Ujarnya, BN bertekad untuk berkempen secara sihat dan akan menumpukan kepada strategi menawan kembali Kajang dari pembangkang.

PRK Kajang memperrlihatkan pertempuran satu lawan satu antara Mei Fun dan Azizah selepas kedua-duanya hadir pada hari penamaan calon semalam.

Pertandingan kali ini dilihat getir berikutan PKR terpaksa menamakan Azizah pada saat-saat akhir berikutan Anwar didudurkan dari menjadi calon akibat didapati bersalah dalam pertuduhannya meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive