sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 13 March 2014

PANAS !! DATUK SALAMON SELAMAT KENAL ANWAR LEBIH 30 TAHUN , JANGAN DI PERKUDA ANWAR !!! #Kajang #PRKKajang




Pengundi di Kajang diingatkan supaya tidak memberi undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana nescaya akan diperkudakan dalang parti itu yang juga merupakan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Datuk Salamon Selamat berkata, bekas majikannya itu akan menjadi bertambah angkuh sekiranya partinya terus mendapat sokongan pengundi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang.

"Tolak PKR kerana dibelakang parti ini adalah Anwar Ibrahim. Dalam PRK ini perlu lihat lebih jauh. Ini kawasan yang akan menjadi tapak Anwar melalui isterinya untuk kekalkan kuasa Pakatan Rakyat (PR). Jika beri sokongan maka dia akan mendabik dada dengan mengatakan


"Saya kena hukum 5 tahun penjara, Hasan Ali kata saya amal pluralisme dan liberalisme tetapi rakyat masih undi saya'. Cukuplah kita diperkudakan dan dipermainkan," katanya dalam ceramah bertajuk 'Tolak PKR, Selamatkan Selangor' di Taman Kantan Permai disini malam tadi.

Turut diundang menjadi panelis, bekas Exco Agama kerajaan negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali manakala Ruslan Zainal Abidin selaku moderator.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Jawatankuasanya Datuk Mustapha Taib.

Dalam masa sama Salamon yang pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Shah Alam turut memberitahu manifesto PR pada Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) suatu ketika dahulu juga masih belum ditunaikan.

"Manifesto PRU12 yang tidak dilaksanakan selepas memerintah 5 tahun. Antaranya rebat untuk cukai pintu. Isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula, PKNS ini diamanahkan untuk kebajikan Bumiputera. Apabila PR ambil alih pentadbiran PKNS maka ditubuhkan syarikat PKNS Holding.

"Dibayar RM10 ribu hingga RM30 ribu kepada pekerja luar. Sebenarnya tidak perlu ambil pekerja kontrak kerana ada kelayakan dikalangan pekerja PKNS sendiri," katanya yang juga memaparkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor pada Bajet 2012 yang mempunyai lebihan belanja.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive