sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 2 March 2014

PANAS !!!! KHALID IBRAHIM DIJANGKA MENANG BESAR LAWAN AZMIN ALI !!!!


Timbalan: Peluang Khalid menang cerah


Penganalisis politik menjangka peluang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR adalah cerah.

Andaian itu dibuat oleh Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berdasarkan sokongan kumpulan dalam parti itu yang menolak Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

“Peluang Abdul Khalid menang ada, kerana saya yakin beliau mempunyai sokongan daripada kumpulan tertentu dalam PKR.

“Namun Azmin masih mempunyai sokongan yang kuat daripada ahli parti dan beliau masih mempunyai pengaruh," katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, jika Abdul Khalid menang dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Mei hadapan, ia sedikit sebanyak akan mencetuskan perpecahan.

“Tapi sejauh mana untuk kita jangka adalah terlalu awal kerana kita tidak tahu sama ada betul atau tidak ura-ura mengatakan Azmin akan bertanding jawatan presiden,” ujarnya.

Katanya, jika Azmin berjaya memegang jawatan presiden dan Abdul Khalid sebagai timbalannya, ia akan semakin menarik dan pastinya memberikan kesan besar kepada parti itu.

“Pastinya keadaan semakin kritikal kerana mereka tidak sebulu. Kalau ia berlaku ia adalah luar jangkaan semua pihak,” kata beliau. - sinar


Kempen Anwar mungkin terjejas

Keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding merebut jawatan orang nombor dua parti bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana desas desus berhubung perkara itu telah berlegar sebelum ini.

Bagaimanapun, pengumuman itu dianggap terlalu awal di saat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Kelmarin, Khalid dalam satu majlis di kediaman rasminya telah mengumumkan untuk bertanding menentang Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab. Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

“Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Tindakan Khalid ini, sedikit sebanyak bakal menjejaskan kempen Anwar di Kajang apabila banyak pihak akan melihat yang kemelut antara Khalid dan Azmin gagal untuk diselesaikan.

Seperti mana telah diketahui umum, PRK Dun Kajang diadakan bagi meredakan kemelut antara Khalid dan Azmin yang dilihat semakin memuncak apabila Ahli Parlimen Gombak itu digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS 10 Januari lalu.

Tidak cukup dengan kontroversi yang ada, tindakan Khalid bakal dipersoal banyak pihak setelah beliau baru sahaja memeterai kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan industri air di Selangor.

Kontroversi ini bakal berpanjangan sehingga tempoh kempen PRK Dun Kajang berlangsung dan sudah pasti pihak lawan bakal menggunakan isu ini untuk menyerang Anwar apabila beliau selaku

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor tidak mengetahui akan keputusan Khalid, Rabu lalu.

Banyak pihak seakan terkejut dengan beberapa tindakan Khalid sejak kebelakangan ini, beliau seolah mendapat kekuatan ‘luar biasa’ apabila berani membuat keputusan besar tanpa merujuk kepimpinan parti.

Selaku Menteri Besar Selangor, Khalid sememangnya layak untuk bersuara, namun sebelum ini beliau dilihat agak pasif dalam membuat keputusan.

Susulan daripada itu, terdapat beberapa pihak termasuk Azmin menganggap Khalid gagal mengurus tadbir kerajaan negeri Selangor dengan baik, sehingga ada gerakan yang cuba untuk menggantikan kedudukannya itu.

Sebelum ini banyak suara yang mengatakan Anwar bakal menggantikan kedudukannya itu, dan perkara itu juga tidak dinafikan oleh umpunya diri.

Selain kemelut Khalid dan Azmin, kempen Anwar di Kajang dilihat bakal terganggu apabila banyak isu timbul sebelum hari penamaan calon bermula.

Anwar akan menghadapi masalah untuk memastikan jentera pilihan raya bergerak dengan lancar kerana jentera ini dipimpin oleh Khalid selaku pengarah pilihan raya parti bagi PRK Dun Kajang.

Khalid dijangka akan menghadapi masalah bekerjasama dengan Azmin selaku Timbalan Presiden dan Anwar pula akan sukar untuk menjadi orang tengah kerana berhadapan dengan jadual kempen yang padat.

Jika PKR, khususnya Anwar gagal mengurus segala isu berbangkit dengan baik, beliau mungkin berdepan laluan sukar pada PRK kali ini.

Sedangkan sebelum ini, Anwar yakin yang beliau akan menang mudah di Kajang berikutan bekas Adunnya, Lee Chin Cheh mendapat majoriti selesa pada PRU13.

Kemenangan sahaja tidak mencukupi buat Anwar, selaku Ketua Pembangkang beliau perlu meraih majoriti yang lebih besar. -sinar 


Apj : makin parah dua orang gila kuasa nih !! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive