sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 7 March 2014

PANAS !!! SIMPAN BERBILION RINGGIT DI BANK LUAR NEGARA , ANWAR ATAU TUN DAIM ?? #Kajang #PRKKajang




Baru baru ini dalam satu ceramah Anwar Ibrahim di Kajang, Anwar secara berterusan mendakwa Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Kewangan MENTERI KEWANGAN PALING KORUP DALAM SEJARAH
MALAYSIA.

Memetik kenyataan Anwar dalam keadilan daily, Tun Daim mengunakan Proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan..

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.

"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.

Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.

"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.

"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.



http://mediarakyat.net/2014/03/03/anwar-ibrahim-tun-daim-manusia-paling-rasuah-dalam-sejarah-malaysia/


Dakwaan terhadap Tun Daim yang memiliki kekayaan luar biasa oleh Anwar Ibrahim tak pasti sama ada benar atau tidak tetapi yang aku tau Tun Daim memang seorang tokog perniagaan yang berjaya selain menjadi Menteri Kewangan sebanyak 2 kali..

Sahabat blogger Double Y ada menulis tentang perkara ini.. Sekitar 1979 dan 1984, Tun Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd. iaitu sebuah daripada syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam entiti senarai awam.

Tun Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank selain memiliki saham majoriti dalam rangkaian bank antarabangsa berpusat di Afrika.

Tetapi beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan dalam mana-mana majalah perniagaan seperti Malaysian Business atau Forbes.

Kenapa dan mengapa nama beliau tidak tersenarai, adakah sengaja disembunyikan atau beliau tidak mahu rakyat mengetahui sumber kekayaan beliau kerana umum mengetahui beliau seorang yang 'low profile'?
Baca Seterusnya

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive