sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 15 March 2014

TERKINI #MH370 : PENTAGON SAHKAN TERDAPAT BUKTI BARU MENGENAI PESAWAT MH370 !! #PRAYFORMH370 #Kajang




Kawasan pencarian baharu di Lautan Hindi menimbulkan harapan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang apabila Pentagon mengesahkan terdapatnya bukti baharu yang diperolehi.

Seorang pegawai Pentagon memberitahu bahawa Amerika Syarikat (AS) telah membuka kawasan baharu penyiasatan berikutan tanda-tanda pesawat Boeing 777- 200ER itu mungkin terjunam di sana.

Ketika dihubungi pada pukul 2 pagi Jumaat, pegawai itu berkata beliau tidak tahu sama ada kapal pemusnah berpeluru AS, USS Kidd telah menuju ke sana untuk operasi mencari.

"Setiausaha Akhbar Rumah Putih baru sahaja berkata bahawa kita akan membuka kawasan carian di Lautan Hindi," katanya yang dipetik The Star.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan oleh ABC News, yang melaporkan bahawa para pegawai AS mempunyai 'petunjuk' bahawa kapal terbang Malaysia Airlines yang hilang itu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan menggerakkan USS Kidd ke kawasan tersebut untuk memulakan operasi mencari.

Laporan itu memetik seorang pegawai kanan Pentagon sebagai berkata bahawa usaha ini akan mengambil lagi 24 jam untuk menggerakkan kapal dalam kedudukan.

Reuters melaporkan bahawa jurucakap White House Jay Carney berkata mereka mempunyai maklumat baru mengenai di mana pesawat berada.

"Dari pemahaman saya, berdasarkan beberapa maklumat baharu yang tidak semestinya muktamad, tetapi maklumat baru - satu kawasan carian tambahan mungkin akan dibuka di Lautan Hindi.

"Dan kita berunding dengan rakan kongsi antarabangsa mengenai aset yang sesuai untuk digunakan," katanya.

Dalam transkrip taklimat akhbar terkini Rumah Putih di laman webnya, Jay berkata masih terlalu awal untuk membuat apa-apa kesimpulan daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap kapal terbang yang hilang.

"Pada pandangan kami, kesimpulan tidak boleh dibuat pada masa ini dan kami terus mengambil bahagian secara aktif dalam usaha mencari dan juga membantu kerajaan Malaysia dalam penyiasatan.

"Saya boleh mengingatkan anda jika anda perlu tahu aset yang kita telah dihantar ke rantau ini, ia termasuk pesawat udara dan helikopter dan dua kapal pemusnah yang merupakan sebahagian daripada aset untuk usaha carian dijalankan.

"Tetapi apabila datang kepada kesimpulan penyiasatan, ia adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, pada pandangan kami," katanya.


RAKYAT NEWS 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive