sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 15 March 2014

TERKINI #MH370 : SISTEM KOMUNIKASI PESAWAT MH370 SENGAJA DIMATIKAN - PM #PRAYFORMH370



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan sistem komunikasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja dimatikan.

Najib mengesahkan perkara tersebut pada sidang media kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-sama sebentar tadi.

Tambahnya, sistem komunikasi pesawat telah dimatikan sebelum melintasi Semenanjung Malaysia.

Walaubagaimanapun, data saletit tidak dapat membantu mengesan lokasi terakhir pesawat MH370.

Komunikasi satelit terakhir dilaporkan menuju ke selatan Lautan Hindi atau ke arah Kazakhstan.

Sabtu lalu, Pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi kira-kira 2 jam selepas berlepas.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Pesawat tersebut dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive