sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 4 March 2014

TERKINI !!! TRAGEDI PASAR MALAM 1 MAUT , 101 LAGI ALAMI KERACUNAN MAKANAN



Seramai 101 orang lagi mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran di sini pada Sabtu lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata mereka dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi virus salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

[Berita berkaitan : Budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam ]

Beliau berkata sejak Sabtu lepas, seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak dimasukkan ke wad HSNZ manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka berusia antara 10 bulan dan 57 tahun.

Pihaknya juga mengambil 10 najis pesakit untuk diuji bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan itu.

Semalam, seorang kanak-kanak Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, 5, meninggal dunia kira-kira 1 petang ketika dalam perjalanan menerima rawatan lanjut di HSNZ juga akibat keracunan makanan.

Dr Anwa berkata pihak hospital telah mengambil sampel air tulang belakang dan darah dari jantung kanak-kanak itu untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga mengenal pasti tiga peniaga pasar malam yang disyaki menjual makanan itu dan mengarahkan mereka menghentikan operasi perniagaan selama seminggu bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Pihaknya turut mengambil 31 contoh makanan daripada ketiga-tiga peniaga itu serta najis pengendali makanan berkenaan untuk diuji.

Sementara itu, Dr Anwa meminta orang ramai yang mengalami cirit birit atau muntah selepas memakan makanan yang dibeli dari pasar malam antara 28 Feb dan 1 Mac lepas supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Beliau turut meminta para peniaga pasar malam supaya sentiasa mengutamakan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan dan tidak hanya mementingkan keuntungan. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive