sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 4 March 2014

PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA DISERANG PENJENAYAH KETIKA BERTUGAS !! AL-FATIHAH @PDRMsia


Al-Fatihah 


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi ini, seorang anggota polis peronda maut, manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan di Taman Sentosa, Klang.

Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 47, ketika ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital sama.

Mohd Shukri berkata, kedua-dua anggota dari unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada awalnya melihat sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita, sedang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan cuba untuk memeriksa mereka.

"Kesemua mereka ini berjalan dalam satu kumpulan, selepas memeriksa dan cuba menahan tiga wanita daripada kumpulan itu, beberapa orang lelaki telah menyerang anggota menggunakan parang dan pisau rambo sebelum menikam Raja Aizam di bahagian kepala dan menetak muka Mohd Aidil.

"Dalam pergelutan itu, suspek telah merampas pistol milik Raja Aizam dan cuba untuk menembak Mohd Aidil, tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas semula Mohd Aidil yang kemudian menembak mati kedua-dua suspek berkenaan menggunakan pistolnya sendiri,” katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive