sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 11 March 2014

TUDIAA !!! MAJLIS PEGUAM SAHKAN ANWAR KAKI LIWAT ??? BIAR BETIK !!!!



BLOG JIWA PARADOX - Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas. Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.

Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.

Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.

Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.


Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:

“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa.”

Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.

Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat.

Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung.

Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.

Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai ‘mengganggu’ strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan rayuan kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.

1 comment:

Anonymous said...

BANGSAT betul Majlis Peguam ni - berani betul MENGHINA Malaysia ni sbg. negara ISLAM, di mana kegiatan liwat dan homseksual diHARAMkan! Seolah undg-undg SYARIAH kita boleh diPIJAK mereka dan undg-undg. KAPIR Barat-Zionis sesuka hati!

Si PENDATANG BANGSATDAPBANGKAI RASIS yg. sekoq lagi pula jatuh, setelah hukuman dijatuhkan, disyaki nak menagih simpati, mcm. MO biasanya! Nanti, mungkin diharapnya Barat akan mengecam M'sia!

Awatlah tak MAMPOS lagi si BANGSAT ni! Dan lihat GERTAKAN si PENDATANG BANGKAIDAP ini tak akan menyerahkan kerusi parlimennya, yg. jelas MELANGGAR undg-undg, sebab bila didenda $4,000 kena buat begitu. Patutnya diPENJARA saja sebab HINA KESULTANAN MELAYU kita, pusaka berzaman nenek moyang kita!
Apakah KDN akan berdiam diri bila puak si PENDATANG DAPBANGKAI boleh melanggar undg-undg sesuka hati ?!

Lihat di http://www.nst.com.my/latest/karpal-fined-rm4-000-for-seditious-remark-1.507400:

11 March 2014

Karpal fined RM4,000 for seditious remark

By Hidir Reduan

KUALA LUMPUR: The High Court fined DAP chairman and Bukit Gelugor Member of Parliament (MP) Karpal Singh RM4,000 for committing sedition against the Sultan of Perak five years ago.
Judge Datuk Paduka Azman Abdullah Azman ruled that even after taking into account Karpal's health and his 45-year service as a lawyer, the principles of sentencing must not be equivalent to "ant bites."

"Every offence must be given a deterrent sentence for public interest. This is so the accused will not commit the offence daily without fear,” he said.

"However, due to the special circumstance of the accused, this court does not wish to impose a custodial sentence."

Azman then fined Karpal RM4,000. He however he did not specify the default jail term Karpal had to serve if the fine was not paid.

As voices began to rise in reaction to the sentencing, Azman stood up, bowed and left.

When met after the proceedings, Malaysian Bar president Christopher Leong said under normal circumstances, the Federal Constitution specifies an MP was disqualified if he was fined more than RM2,000 or sentenced to jail for more than a year.

"However, a sitting MP will not be disqualified until he had exhausted all avenues of appeal," said Leong, who held a watching brief for the Malaysian Bar.

Gobind Singh Deo, Karpal's counsel and son, said that an appeal would be filed soon against conviction and sentence…….

Karpal, surrounded by supporters and his wife Gurmit Kaur, said he would continue to do his duty as an MP despite the sentencing.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive