sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 March 2014

UPDATE #MH370 : POLIS TERENGGANU SAHKAN LAPORAN ADA DENTUMAN KUAT DI TERENGGANU #PRAYFORMH370




Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung dakwaan penduduk kampung yang mendengar bunyi dentuman kuat pada pagi Sabtu lalu kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya telah menyalurkan laporan berkenaan kepada ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah serahkan laporan yang diterima kepada Bukit Aman semalam dan sehingga kini hanya menunggu arahan yang selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Pemimpin pelajar di sini hari ini.

Semalam, lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang membuat satu laporan berhubung bunyi misteri yang didengari mereka dari timur laut Pulau Kapas pada kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketika kejadian lapan sahabat berkenaan sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang dan secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Jamshah berkata, orang ramai perlu lebih peka dan mendapatkan bukti yang sahih kerana mereka hanya mendengar bunyi letupan namun tidak menemui sebarang objek.

"Saya harap orang ramai tidak mengambil peluang ini untuk menarik perhatian ramai atau mengelirukan pihak berkuasa dengan sesuatu yang tidak tahu kesahihannya," katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu lalu.


RAKYAT NEWS


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive