sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 14 March 2014

#MH370 : AGENDA TERSIRAT DI SEBALIK RAMPASAN PESAWAT MH370 ?? #PRAYFORMH370



Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.


Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.




MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


senarai nama penumpang termasuk krew MH307


Majority penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.



Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?




Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,,
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.


http://news.nationalpost.com/


Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.


http://news.nationalpost.com/2014/03/09/were-terrorists-behind-malaysia-airlines-flight-mh370-tragedy-over-south-china-sea/


http://www.astroawani.com/news/show/mh370-fbi-tidak-tolak-aspek-keganasan-dalam-pesawat-31528


Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan passport palsu berjaya dikesan??




Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?



Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.

Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..

Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya?




http://inia-lurun.blogspot.com/2009/07/truth-behind-9-11-us-pwtcbush-and-gang.html

http://www.history.com/topics/9-11-attacks
http://en.wikipedia.org/wiki/2003_invasion_of_Iraq


Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Iraq dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam Iraq dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001. Akhirnya rakyat negara Iraq yang menjadi mangsa.Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran..


Soalnya kenapa China ??


Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..


http://www.ibtimes.com/obscure-group-northwestern-china...


Salah satu news ini datang daripada CNN




http://www.rense.com/general38/conflict.htm


Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.


US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.



" Chinese Martyrs’ Brigade "

http://hollywoodlife.com/2014/03/10/chinese-martyrs-brigade-missing-plane-malaysia-responsibility-flight-mh370/

Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi agenda peperangan. Lihat serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.

Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Singapore turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..


Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini?

Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??


Tahukah anda dimana lokasi ini?? jaraknya lebih kurang sama jauh dengan destinasi ke Beijing..

Ingin tahu??  baca SINI

Renung punya renung, akhirnya saya temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.

Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??

TPPA ini dibuat dari tahun lepas..

Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.

Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..



Tun Dr. Mahathir Mohamad minta kerajaan tidak menandatangani TPPA.


Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.


Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.




Kerana telah mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?




Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi TPPA yang direncanakan.




Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).


Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?




Northrop Grumman B-2 Spirit

Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??



Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?



Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?



Secara kebetulan pula, tragedi ini berlaku selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dalam kes liwatnya pada 7 Mac, dan menjelang pagi 8 Mac pada jam 2.40 pagi, kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri.


Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?

Jadi, satu konspirasi dalam 2 keadaan yang berbeza adalah perancangan yang bukan sebarang percaturan biasa.


http://darah-satria.blogspot.com/2012/02/kenapa-amerika-pilih-anwar-sebagai-aset.html


US mungkin berjaya tundukkan China dengan memegang rakyatnya di dalam pesawat terbabit dan dalam masa yang sama, US berjaya menundukkan Malaysia utk melepaskan Anwar Ibrahim sehingga PRU14 yang akan datang kerana Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang diperlukan untuk melakukan 'regim change' di negara ini.




http://darah-satria.blogspot.com/2012/02/nama-anwar-dikaitkan-sebagai-salah.html
http://www.jpost.com/International/Anwar-Ibrahim-Malaysias-Future-Prime-Minister




Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??

Saya tidak meminta anda mempercayai sepenuhnya hasil penulisan saya ini kerana ianya adalah pendapat dari seorang Marhaen biasa yang tiada apa-apa kelayakan sehingga mampu berfikir ke tahap menteri bak kata seorang wanita UMNO terbabit terhadap saya.. tak mengapalah...

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

2 comments:

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’!

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting. dr. syarikat Freescale Semiconductor – sy. yg. terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan, (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg.mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Bah. kedua:

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive