sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 14 March 2014

UPDATE #MH370 : ENJIN PESAWAT MH370 DIKESAN MASIH HIDUP SELEPAS 4 JAM HILANG DARI RADAR !!! #PRAYFORMH370



Isu kehilangan pesawat MH370 sekali lagi menjadi laporan utama portal berita nombor satu dunia, The Mail Online pada Khamis apabila ia melaporkan yang para penyiasat Amerika Syarikat kini percaya yang pesawat Penerbangan Malaysia itu masih kekal berada di udara lebih empat jam selepas 'hilang' dari radar - sekaligus mencetuskan prospek yang ia telah menjadi mangsa rampasan pihak pengganas.

Andaian ini dibuat berdasarkan data terbaru yang diperolehi daripada pesawat itu sendiri.

Menurut laporan portal itu lagi, sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraan antara MAS dengan pihak pengeluar enjin, iaitu Rolls Royce, enjin pesawat akan secara automatik memuat turun dan menghantar data pergerakan enjin kepada pihak pengeluar di Derby, United Kingdom setiap 30 minit.

Hasilnya, data yang diperolehi itu menunjukkan yang kedua-dua buah enjin gergasi pesawat MH370 itu masih berfungsi dan berputar tanpa henti selama lebih empat jam lagi selepas ia dilaporkan lesap daripada radar pada awal pagi Sabtu iaitu hari ia dilaporkan hilang.

Oleh yang demikian menurut The Mail Online lagi, pasukan anti-pengganas Amerika kini sedang menerokai teori tentang kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu menjadi mangsa rampasan dan perjalanannya diubah ke satu lokasi sulit 'dengan niat untuk menggunakannya untuk tujuan lain dikemudian hari'.

Portal itu melontarkan pertanyaan jika benar data yang dimuat turunkan dari enjin pesawat MH370 itu menunjukkan yang ia masih berfungsi selama lebih empat jam lagi selepas dilaporkan hilang maka ke manakah destinasi terakhirnya.

Juga dipersoalkan jika itu berlaku, kenapakah ia berada di udara selama empat jam lagi tanpa alat transpondernya berfungsi.

Teori yang diketengahkan kini ialah, pesawat itu berkemungkinan diambil alih dan dibawa ke satu destinasi yang belum dikenalpasti.

The Mail Online juga memetik laporan sebuah akhbar bisnes, the Wall Street Journal sebagai berkata yang teori itu kini telah dibawa ke pengetahuan penasihat-penasihat keselamatan di beberapa buah agensi berkaitan di Amerika Syarikat.

Dan mereka bimbang yang pesawat komersil ini jika benar jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab akan digunakan semula untuk satu misi atau tujuan lain.

Setakat ini kehilangan MH370 masih menjadi satu misteri yang tidak terjawab walaupun telah masuk hari keenam usaha untuk mencarinya.

Tidak juga diketahui sama ada pesawat ini telah terhempas atau pun mendarat ke satu destinasi lain.

Juga tidak ada perhubungan di antara pihak berkuasa dengan pesawat tersebut sejak kehilangannya dilaporkan pada jam 1.30 pagi Sabtu.

Kata The Mail Online, The Wall Street Journal memperolehi maklumat yang dimuat turun dari data enjin pesawat MH370 itu selepas wartawan mereka bercakap dengan dua sumber yang hampir dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi keselamatan Amerika.

Antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh Amerika sekarang ialah untuk mengukuhkan fakta sama ada juruterbang atau mereka yang merampas pesawat itu dengan sengaja menutup alat pemancar isyarat untuk mengelaknya daripada dikesan oleh radar.

Menurut para pakar, Boeing 777 itu berkemampuan untuk meneruskan perjalanan atau terus berada di udara sejauh 2,200 batu nautika lagi yang mana ini membolehkannya sampai dengan selamat di sekitar sempadan Pakistan atau Laut Arabia

JOM BACA ARTIKEL INI (KLIKSINI)

3 comments:

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori Diego Garcia ini tidak mustahil – disyaki MAS di’hijack’ dulu ke Diego Garcia ini, dan kemudiannya MAS kononnya dijumpai di Lautan Hindi, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’!

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting. dr. syarikat Freescale Semiconductor – sy. yg. terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan, (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Bah. kedua:

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

ok makcik, g sambung tumbuk sambal k~ xbaik buruk sangka kt org lain...ko punya ckp kalau xbtol jatuh fitnah ngok, diaorng da bg prtolongan pon da kira baik da...trima kasih la sket. - xde bukti lg sape2 pon yg trlibat kn, nnti klau da tau kes sbnar, ade bukti baru kite leh terjah kan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive